Tuesday, December 30, 2008

Dear Kak Sue

Hepi belated besday Kak Sue!!!Ya Allah..mcm mana la aku boleh terlupa harijadi kak sue ni. Last week dah ingat2 sangat yang hari sabtu nanti (27 Disember) hari jadi kak sue. Saje taknak tulis kat kalender atas meja ofis ni, nanti kak sue perasan aku ingat besday dia. Alih2 boleh terlupa langsung tak ingat. Sori yer kak sue. Mmg bukan sengaja taknak ingat. Hari jumaat aritu dah ingt. Sabtu tros lupa. Kenapa erk boleh lupa tu. Padahal kita keje je hari sabtu tu. Hish sori sangat2 yer kak sue.

Kak Sue ni ofismate aku. Seorang yang ceria, klw ckp kat tepon mcm berbisik je and mudah mesra dgn org yang baru dikenali. Dah masuk umo 30thn dah kan kak sue. Hish takpe ke bgtau umur kak sue ni kat satu dunia? Hehe. Alah apalah ada pada umur. Klw tgk muka, gaya kak sue ni tak mcm org umur gitu pun. Sebab dia suka gelak2. Pastu boleh masuk plak kepala otak dia dgn budak2 muda. Kat site tu budak2 junior smua dia buat kawan. Sangat peramah kak sue nih.

Kak Sue ni asalnya dari site ofis kitorg yang kat Segamat nuh. Then bila dia kena transfer kat HQ (tempat aku keje skrg ni)..dia dok dgn 1 family ofismate kitorg jugak. Kdg kesian tgk kak sue..bkn apa. Dia dok sini sorang2..mmgla dulu dia keje Kl jugak..tapi kiranya kwn2 yang dia ada tu jauh2 blaka. Masing2 punya komitmen msing2. Aku dengan hal aku. Kdg rasa bersalah jugak. Yelah sebab tak boleh teman kak sue selalu. Kat ofis je. Hujung minggu aku plak penuh dgn aktiviti. Jadual hujung mggu aku ada2 aje. Tak penah ksong. Selama kak sue duduk dekat sini mana ada kitorg kuar sama2. Klw ada pun mengular time ofis. G shoping. Haha.

Mujur ada kak ina, kwn kak sue ni. Dengan dia ni lah selalu kak sue keluar jln2. Serius..saya amat rasa bersalah sbb tak dpt intertain kak sue. Yelah komitmen lebih pada suami. Owh ya dah ingt kenapa aku lupa besday dia sabtu lepas. Aku tgh serabot piker hal rumah. Itulah puncanya. Sori ye Kak Sue lupa hari jadimu.

Apapun, hadiah unt kak sue tu lewat sikit yer. Takpun nnti org blanja kak sue makan sate esok. Amacam? Hehe padahal aku yg ngidam nak makan sate. Hik hik.

Buat kak sue orang doakan:
1)Smoga panjang umur dan awet muda selalu.
2)Smoga selamat naik pelamin next yer.
3)Smoga murah rezeki slalu dan boleh beli rumah idaman ni. Ceewah!
4)Semoga bahagia selalu dengan suami tercinta kelaks. ahaks.

Apapun aku respek la dgn kak sue ni. Diani tabah sgt2. Apa2 keputusan org lain dia ikut je. Tak penah tgk dia melenting ke apa. Paling tidak dia bebel2 je. Haha. Apapun org doakan semoga segala yang kak sue rancang akan berjalan dgn lancar nanti. InsyaAllah. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-30 tahun Kak Sue. Smoga kak sue tros ceria selalu dan bahagia bersama orang tersayang. Kudoakan jugak kebahagiaan mu dunia dan akhirat. Amin.

With love,
Emy Si Siput Gondang
Adehh camne leh lupa harijadimu..

No comments: