Saturday, January 31, 2009

Tera kata ini IKAN TOMAN la..bkn ikan KELi..



Besar kan ikan tu. Bandingkan dengan besen, parang dan tin minyak tu. MIL beli dari jiran dia. Orang tu pegi mancing kat lombong. Sekor RM15 sahaja. Bape hari tah baru boleh habis makan ikan ni. Besar giler!
Penselku tulis : Saya tak makan ikan keli..

Friday, January 30, 2009

Aku Ingin Bergelar Solehah

Sekarang ni banyak kan kes2 isteri atau mak-mak orang yang tak sedar diri. Lupa status. Lupa syurga di bawak tapak kaki suami. Mcm kes suami bergaji RM20K sebulan tu yang siap kena dera lg dengan bini dia. Pastu kes yang buang anak dalam tong sampah tu. Sebab suami dia tuduh isteri dia curang. Korang dah tahu belum sape lelaki tu? Seorang tentera. Budak tu anak bongsu dari 3 beradik.

Lepas tu kes2 isteri kena tangkap basah dengan suami sendiri la. Suami orang cium mulut dgn laki orang dalam lift la. Huh macam2.

So buat mereka2 yang bergelar isteri2..saya persembahkan satu sajak sesuai unt kita isteri yang bekerjaya ni. Tanamkan dalam diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Aminnn..

Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
Rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
Ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
Kadangkala aku dibiar sendiri
Kadangkala aku dibelai mesra
Namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
Aku tidak membantah
Aku patuhi jua setiap kehendak
Asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
Kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi aku isteri berkerjaya
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Takut pula nanti terluka hati suami tercinta
Walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
Tetapi segalanya mungkin
Dan aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah..
Pensel : Sajak tersebut telah di copy paste dari forum GM.

Wednesday, January 28, 2009

Gerhana Matahari Cincin 26 Januari 2009

Saya search tajuk kat atas ni..yang membahaskan topik ni kebanyakkannya orang2 Indonesia je. Orang Malaysia ni tak minat ke dengan fenomena alam mcm ni?


Saya pun bukanla peminat subjek sains & alam semulajadi macam ni sangat. Tapi masa on the way balik dari Cameron Higlands on 1st day raya cina haritu, saya dapat melihat fenemona alam nih. Subhanallah cantik sangat. Tetapi melihatnya membuatkan saya sangat teruja. Saya tangkap beberapa gambar haritu. Tapi kamera saya tak dapat detect sangat kaler2 yang cantik tu. Mcm warna hijau pink tak boleh nampak pun dalam gambar ni.

Masa kami konvoi turun tu..abg ipar yang berada dlm kereta di hadapan kami menunjuk tangan ke langit. Kami memandang ke langit. Subhanallah. Cantik sesangat. Klw korang tengok mesti meremang bulu roma masa tu. Di tepi2 matahari keluar cahaya macam pelangi bercampur2. Sayang kamera saya tak dpt detect warna2 tersebut. Very colourfull tau. Merah hijau kuning smua kaler ada. Tp dia bukan jalur2 cam pelangi tuh. Macam ada satu benda bulat a.k.a matahari di langit (tapi kami dpt melihat suku sahaja, sebab diliputi awan)..dan sekeliling dia kluarkan cahaya yang kalerful tu. Ya Allah..cantik sangat2.

Bawah ni gambar masa separuh bulan dah ada atas matahari tu. Matahari nampak macam bulan sabit. Maaf-kamera saya tak boleh detect. Masa ni langit cerah sangat.

Kejadian gerhana ni saya nampak antara jam 5 ptg smpai pukul 5.30 camtu. Dalam pukul 5.30 langit dah jd mcm senja tau. Mcm pukul 7 lebih dah masa tu. Saya pun tak terpikir itu kejadian gerhana, tapi mmg pernah terbaca sblom ni akan terjadi gerhana..cuma lupa tarikh akan berlaku tu. Tak sangka dpt tgk dengan mata sendiri. Sangat cantik. Owh terujanya saya.


Bawah ni gambar jam 5.30 petang. Macam dah senja kan.






Hasil research saya (mcm buat tesis pulak)..kejadian tersebut dipanggil Gerhana Matahari Cincin. Ia terjadi apabila bulan berada di antara bumi dan matahari. Dari mata kasar saya dpt tgk bila bulan tu duduk atas matahari. Kira menutup sebahagian matahari. Jadi nampak mcm cincin. Dari cincin tu lah kluar cahaya kaler2 tu.




Ok. Gambar2 yang kat atas tu dari forum Indonesia..blog indonesia. Main ambik je kan tak mintak kebenaran. Hu. Takpe..nak tunjuk kat korang smua. Diorg pakai kamera canggih tu baru dapat gambar camtu.



pensel : Sape2 ada info psl gerhana matahari ni sila tambah. Sekadar berkongsi ilmu.

Mari ramai2 FLAG blog adibahahmed

Harini saya masuk balik blog adibah nih..wujud lagi dia. Geramnya. Kali ni dia punya posting smua dlm english. Before this (saya tak sempat baca tulisan dia sebelum kecoh dulu tu)..orang kata dia menulis broken. Ada dalam malay jugak. Tapi kita boleh tahu dari penulisan dia tu bkn melayu pun. kali ni dia tulis smua dlm omputih..konon tak nak bagi org tahu yg dia bukan melayu agaknya. Dah tak guna gambar adibah tu dah. Kat profile dia gambar karton pompuan pakai tudung. Sapepun dia ni wallahualam.

Tapi blog dia ni more to faithfreedom yg memperjuangkan kebebasan dari beragama, dlm erti kata lain : athiesm.

Apapun mari kita ramai2 flag blog ni.

CARA NAK FLAG:
1) Ini link blog dia : http://adibahahmed.blogspot.com/
2) Dekat atas sekali page tu..ada button FLAG BLOG - klik situ.
3) Pastu ada page Report a Terms of Service Violation
4) Pilih hate or violence
5) Next...next..done.

Mari kita buat ramai2. Supaya tutup terus dia punya blog yg byk bercanggah tentang isi Al-Quran ni. Semoga agama Islam dapat di bela walau hanya di alam maya. Allah Maha Besar.

Blog 3 kolum

Fuh..akhirnya saya berjaya jugak buat blog ni jadi 3 column. Izzah..i pun ada 3 column ok. Haha. Thanks 2 amoi sbb bagi link ni : http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/07/three-columns-rounders-2-template.html

Sape2 yang nak buat 3 column tu boleh ler mengelik link tersebut. Skali ikut je arahan yg diberi..akan menjadi dgn jayanya. Wahhh hebatnya aku! (Berlagak nih!)..hu

Oklah..nak tukar2 kaler blog dulu. Pastu nak add link mereka2 yg patut dilink kan. Wahh terima kasih yer kerana meng"link"kan blog saya. Sape2 yang saya tak link kan tu lagi bgtau yer. Maklumlah sejak blog jd 3 kolum ni (ish..berlagak lagi skali nih..)..byk link dah hilang. Hu..So let me know to link u back ok. Yang bg komen kat shout box tu akan ku linkkan smua. Buat Kak Tinie..nnti free2 ku buat tag mu itu yer. Untuk Lilies : Boleh tak tunggu i kurus balik untuk tepek gambar tu..hiks. Lg skali unt Cikgu Izzah : Saya dh kembali bekerja..sronoknya nak ke ofis harini..maklumla blog dah jd 3 column. Haha..mau berlagak lagi. Sekian mekasih :-p

Kukujarikutaip : Hemm..nak kena pike topik2 yg best plak lepas ni. Maklumla blog dh jd 3 column..kenalah ada pengisian yg padat dan mampat gitew. Terima kasih kerana me"link"kan blog saya.

Friday, January 23, 2009

Offline for Chinese New Year

Saya akan offline sampai Rabu depan. Yeyyy balik kampung. Huhu..bestnya. Untung betul jd rakyat Msia ni kan..asal tahun baru je cuti. Tahun Baru Hijrah la..Tahun Baru Januari la..ish dalam satu tahun..beberapa kali lah sambut tahun baru. Yang bestnya dapat cutilah..yahooo..


Untuk yang menyambut raya kali ni..Happy Chinese New Year saya ucapkan..Gong Xi Gong Xi..err nak ampau 1.



***Itu pokok limau kat opis saya..tunggu masa je buah2 limau tersebut nak hilang dari pokok tu. Hehehe. Selamat Bercuti semua..Semoga berjumpa lagi di alam blog ini selepas cuti nnti. Hati2 di jalan raya..semoga selamat pergi dan kembali. Jumpa lagi semua.

Tag by Kak Tinie (Down payment dulu..boleh?..hehe)

I’m ..

I really want to go to ..

My favourite place ..

My favourite things ..

My favourite drink ..

My favourite food ..

My favourite colour ..

I live in ..

I was born in ..

My school/college ..

My favourite series/story ..

My hobby..

I wish i can settle this tag after holiday..hehe. Busy ma..tak sempat. Sori ye kak Tinie..pas raya sambung...lalala

Teacher Lillies tagging me..

1. Do you think you are hot?
No..i’m not like the hot dog ok.

2. Upload a favourite picture of you.
Byk feveret pic aku. Tak tahu nak upload yang mana. (Ayat mengelat..haha)

3. Why do u like that picture?
Sebab ada aku dlm gambar tersebut. Haha..Buleh? Hiks.

4. When was the last time u ate pizza?
Last year. Wahh sudah lama tdk makan pizza. Lgpun kan skrg ni kena boikot Pizza Hut tuh. Boikot Israel!

5. The last song u listen to?
Lagu apa erk dgr dlm kete td. Lupa dah..Kak Sue harini baik hati plak dia tak bukak radio kat ofis ni.

6. What are you doing right now besides this?
Tgh pura2 wat autocad drawings..haha. Teruk betul! Pekerja sapolah nih. Sori bos..

7. What name do you prefer besides yours?
Call me my name..

8. People to tag.
No need. Aku kan baik hati. Heh heh..

9. Who is number one?
Klw kat ofis ni..bos aku la. Huk.

10. Who is number two?
Project Manager.

Amacam Lillies…ok ke jwpnku cekelatku ini? Heh heh..

Mari Memaki Hamun Bekas Kekasih ~ tag dari Kak Daniella


Nak setlekan smua hutang tag hari ni. Nak cuti raya cina lah katakan..lai lai lai..


WHAT IF YOUR EX-BOYFRIEND SAID THESE TO YOU :

1) hi, how r ya?
Err..have we meet before? (Bercakap dgn gaya sombong lagi bongkak)

2) hey! you wanna go to mall?
Nak buat apa? Ko nak suruh aku tolong angkat barang2 ko ker? (Nada suara semakin tinggi..ala2 nak cari gaduh)

3) i love you..
Kepala hotak ko! Ko ingt ko hensem? Pergilah cermin muka ko tu dulu. Muka tak pakai oxy..poket kosong memanjang je ada hati nak kata2 love u kat aku. Byk hensem!

4) do you want some cookies?
Eee miskin la dia ni. Ko ingt aku batak sgt dgn biskut ko tuh? Nak blanja ajakla g makan kat seafood restoran ke..5 star hotel ke..ini biskut chipsmore…apa kelas?!!!

5) can u take me a picture?
Ko ingt aku ni photographer ke? Nak bleh..bayarla! RM 100 sekeping gambar. Deal?

6) help me in my homework?
Ko ingt aku org gaji ko ker? Buatla sndiri..mak bapak hantar g skolah 4 tingkat..tu pun tak boleh nak buat sendiri! Apa punya orangla ko nih. Wat malu bangsa..agama dan Negara je. (Sambil geleng2 kepala penuh kesesalan)

7) here's my gift to you..
Ikhlas ke tak ni? Ni ori ke tak? Ke ko beli kat pasar malam ni? Macam aku tak tahu..klw handbag guess ke..jam ke..yg ko bagi aku dulu smua made in pasar malam kan. Kan kan..baik ko ngaku.

8) let's just be textmates
Takdehal. Dengan syarat ko top up kan henpon aku seminggu RM50 boleh?

9) do you want me to buy you an ipod?
Owh itu sudah bagus (Mata di bling2kan..sambil dlm hati berkata “sudah menang loteri kah x-boypren aku nih)

10) let's sit together in the bus..
(La..terserempak dgn x-boypren ni kat bus stop ke nih?..hu)
Hey plis..apa bas2 nih? Elegik la aku naik bas. (Cakap ala2 gaya pompuan kaya yg sombong lagi suka eksyen)

11) hi baby
Ye B*bi…(Ni akibat dendam clash dia curang dulu masih berdarah lagi)

12) you still cute..
Well..mmgla..dah beribu aku habis tau cocok botok sana sini situ. Seb baik clash ngn ko dulu..klw tak nak pakai SK2 belum tentu tau merasa muka aku nih!

13) i still love tou..
Hey dia ni..tak paham2. Nak aku mencarut lg ke ni?..Grrrr..

14) can i visit your house?
Ko ingt ni time raya ke ha aku nak buat2 open house?

15) do you love me?
Pang! (Bagi 1 penampar maut dan berlalu pergi..tetiba plak husband aku baru sampai time tu..tu psl berani nk lempang anak org tuh..heh heh)

Named 5 candidates on ur list, ask them to complete this tag repost on their blogwrite title 'what if ur ex said this to u?
No need la. Kang tak beraya cina plak 5 orang kawan tu. Hehe.



***Huh berasap hati aku nak menjawab soklan2 kat atas nih. Penuh perasaan sekali. Cam marah betul2 pun ada. Haha. Btw..saya mana ada x-boypren la. Maklumla orang tak cantik. Takde sape nak kat aku nih. Sedih tak? Hehe. Skali habis blaja ada orang a.k.a my husband masuk meminang..tros ler kawin. Gatai!

Thursday, January 22, 2009

Wednesday, January 21, 2009

Blog Hina Nabi (s.a.w) Muncul Kembali

adibahahmed dot dot dot

Kenapa blog ni boleh ada balik? !! Kurang ajar betul? Mimos tak blh kesan ker owner dia..So camne nak rejct blog nih? Ni 1st time i boleh bukak. Last time masa dpt msg psl blog tu, dia dh kena block dah. Camne korg buat bagi tutup dia punya blog dulu tu? Kurang ajar punya manusia! Kita tak kacau agama dia sebok nak kacau agama kita.

Kejayaan Ini Kita Rai Bersama

Alangkah indahnya hidup ini jika dapat berkongsi kejayaan bersama2 orang yang kita sayangi. Yang berada di sisi ketika kita susah mahupun senang.

Di bawah ialah gambar Barack Obama dan Isteri. Obama yang memulakan tugasnya di rumah putih semalam sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Semoga dia dapat mengubah dunia..dan menyelamatkan rakyat palestin dari kekejaman Israel..

Tuesday, January 20, 2009

Laki Sape Yang BODOH ni?!!

Baca tak frontpage hmetro hari ni. Eee geramnya aku baca crita nih. Ada ke patut dia buang baby comel dlm tong sampah. Kurang hajar betul! Tak kesahla anak ko ke bkn kan..takde perikemanusiaan langsung! Mcm Israel! Bongok punya laki. Grrrrr...aku marah nih..Comelnya anak dia..nak je aku ambik wat anak angkat..



Campak bayi marahkan isteri
Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimam@hmetro.com.my

AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh. “Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rumah Fletku

Asyik lupa je nak ambik cd gambar kat rumah. Ingat nak tepek gambar rumah flet saya. Ok ni ada sekeping gambar. Tu pun curi dari frenster member. Ha nampak tak rumah flet saya tu? Ini bkn soklan kuiz lg k. Takde hadiah unt soklan kali ini. Haha. Sbb saya tahu tak brapa nampak rumah flet tersebut. Hu.


***Gambar diambil ketika majlis perkahwinan kami. Bling bling.

Sunday, January 18, 2009

Senarai Pemenang Teka Katak

Perserta yang mengambil bahagian:
1) nurulhuda abu bakar
2) honeysour's blog
3) uncle Lee
4) dakgilachoc a.k.a nani
5) Tie
6) liwaniel
7) nurdaniella
8) naz ilyn
9) Qaseh
10) @cu Sayang
11) BudAk hijau
12) asybedazzle
13) Pikirsendirilah
14) lillies

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Sebelum saya umumkan siapakah pemenang diantara anda semua..saya ingin mengumumkan dulu hadiah yang akan diterima oleh pemenang pertandingan Teka Katak ini. (Perhh..dah mcm trivia games kat TV la plak)

Hadiah yg bakal diterima oleh pemenang ialah..


Sebuah handphone jenama Nokia-N96 :

Hanya seorang pemenang sahaja yang layak menerima hadiah. Tiada jawapan betul yang sama diterima maka tiadalah perlu dibuat teka silang kata mahupun isi cogan kata bla bla. Tiada juga cabutan bertuah dalam pertandingan ini. Maka yang bagi jawapan salah itu anda memang tidak bertuah. Haha.


Ok Mari kita reverse balik. Ini gambar yang saya paparkan untuk korang cari katak tu. Gambar ni saya yang ambik sendiri tau. Yang goyang2 tu adlh kayu unt cari katak tu. Klw tak selak2 daun2 kering tu pakai kayu..dengan mata kasar pun payah nk nampak katak tu. Dia dok diam baik punya. Berlakon jd daun jugak katak tu. Itulah katak..tak penah nak bersyukur..Allah dh jadikan dia katak..ada hati nak jd daun kering plak dia. Eee nak kena katak ni. Ok..cuba tgk btol2..mana tau ternampak plak katak tu kali ni...Ada nampak tak?


Still tak nampak? Hish..tak nujum belalang la korg nih..Ok inilah katak nya. Comelkan. Hahaha. Itulah kebesaran Allah..diciptakan pelbagai makhluk di muka bumi. Stiap satu ada tujuan masing..ada kegunaan masing2. Termasuklah kita sebagai manusia ni. Dijadikan Allah untuk bersujud padaNya. Sudahkah anda solat tadi? Huk..

So ada sape2 tak yang dpt teka sblom ni? Konon dah rasa tp tak bgtau. Ada tak? Haha..nasibla yer...Papun diumumkan TIADA pemenang untuk pertandingan kali ini. Dan hadiah Nokia N96 itu jatuh kepada saya...yeyyyy..dapat henpon!dpt henpon! Haha..adios..jumpa lagi dlm pertandingan seterusnya..kui kui..Akhir kata terimalah pantun saya buat semua:

"Katak Oh Katak

Kenapa Kau Panggil Hujan?"

Errr..ini pantun ker? Sila jawap pantun saya..Bling!

Saturday, January 17, 2009

Rumah Saya Flet Buruk je..

Ini adalah comment saya unt posting Puan Beautiful Life. You can read here : http://voicesinherhead.blogspot.com/2009/01/kehidupan-saya-di-flat-taman-

Hemm..Rumah Flet tu tak salah. Tapi masalah kejiranan. You know y i said like that..sbb my parents house pun dkt rumah flet buruk yang dibeli dgn harga 60k (Skrg klw jual dlm 100k pun boleh cecah coz kwsn Taman Melati tu dah membangun) dan hanya mempunyai 2 bilik je. Kitorg stay there since saya darjah 1. Lamakan. Disitulah tempat saya membesar. Lama dah saya duduk situ. Berpuluh2 tahun. Mak saya pun masih duduk kat situ lagi.

Tapi tak pulak jadi mcm kes akak tu. Sebabnya kejiranan kami sgtlah ok. Kami bukan setakat kenal org atas, bawah, kiri kanan rumah..tapi boleh kata kami kenal antara 1 sama lain unt 2,3 buah blok. 4,5,6,10 blok mungkin. Tapi skrg ni je since saya dok asrama dulu..balik2 je ada je muka baru pindah. Penyewa baru la..pembeli baru. Klw yg anak2 dara bujang tu memang sombong la. Tak bertegur. Senyum pun tak nak.

Tapi tangga mak(saya suka sebut mak saje-padahal tu rumah ayah jugak..haha) saya sgt ok. Masa mak(mak lagi..mak dgn ayah la..hee) saya pergi Mekah haritu..jiran2 menjaga kebajikan adik bongsu saya yg baru hbs SPM haritu. Setiap hari ada je yang hantar makanan. Kdg2 sampai 3,4 lauk org bagi kat dia. Mewah betol. Dah org tu bagi..yang ni bg..yang untung adik saya la. Dh la aku kena bg ko 10 hengget hari2. Cit! Masa mak nk balik Mekah..diorg masakkan lauk byk2..mcm nk wat kenduri doa selamat plak sambut mak (mak dgn ayah ok) saya. Masa nak hantar mak pergi Mekah ramai2 turun bawah-padahal hantar kat parking kereta depan rumah je. Haha. Masa balik dari Mekah..ada 2,3 jiran yang ambik cuti semata2 nak ambik mak ngn ayah saya kat Mekah. Owh hati saya tiba2 terharu sebak la pulak bila terkenangkan jiran2 yang
amat baik itu.

Pasal kebersihan kwsn flet. Memang..takde maintenance yang jaga. Tapi msg2 yg jaga la. Dulu2 diorg kerap buat gotong royong. Siap ada pertandingan blog tercantik lg dulu. Tp bln2 kan ada byr duit kat SPPK tu unt duit sampah..diorg mesin rumput..sapu sampah frequently.

Owh ya..itu rumah SPPK. Apa yer SPPK tu..singkatan dari Syarikat Perumah Kerajaan klw tak silap saya. Ayah saya keje Telekom. Smpai skrg..nak pencen dah. Mula2 dtg KL lepas kena transfer tu dia dok kat Kampung Melayu Bumi Hijau. Tapak asal sekolah Taman Melati tu. Kitorg ada gambar masa Taman Melati tu tak membangun lagi. Masih hutan2 lagi. Gambar masa Taman Melati start membangun pun ada. Zaman2 bas mini..gambar area rumah kedai T.S Mega tu baru siap. Come to my mom house klw nak tgk gambar2 nih. Malas aku nak scan. Muahaha.

Tapi zaman sudah berubah. Skrg mcm2 dh ada kat Taman Melati tu. Sekolah..LRT..masjid yg besar..arghh mcm2 la ada. Saya dulu kena skolah jauh sbb kat kwsn Tmn Melati tu mana ada sekolah. Skrg Taman Melati tu dh betul2 membangun. Kondo blkang rumah yang baru naik tu..klw korg jln kat MRR2 nmpk kondo tinggi tu..ha itu ats tanah rumah ayah saya mula2 dulu. Harga kondo tu abouk 200k. Giler ko! Well mak saya skrg bangga dok rumah flet buruk 2 bilik tu..katanya rumah dia dekat area2 orang kaya. Haha. Mmg betol kebykan org yg duduk kat situ org berpendptan sederhana. Tapi klw Kak Beautiful mengenali jiran2 anda..anda boleh tahu ada yg kerja sbg arkitek..engineer lepasan oversea..owner private company..pegawai bank dan juga penjawat jwtn2 tinggi dlm co besar. Pergilah beraya rumah mereka..luar buruk..dalam cam banglo tuuu..Gegege. Serius. Ada rumah jiran saya direnovatenya cam hotel dh rupa rumah dia. Toilet cam kat hotel tu..mozek..plaster ceiling dh ramai buat..dlm bilik pakai almari yg kat Ikea tu..yg lekat kat dinding skali dgn katil unt jimat ruang. Nak bg rumah nampak besar. Dan ada juga yg dh jdkan 3 bilik rumah tu. Mcm rumah mak ayah saya. Dah kata rumah sendiri kan..buatla mcm rumah sendiri. Huhu.

Disitulah kampung saya. Di mana saya membesar. Dari kurus sampai saya gemok. Di taman Melati tulah segala2nya. Tempat saya jatuh..tempat saya kena kejar anjing lagikan dikenang. Hu.

Sedih tau akak ckp org kat situ takde fizik. Tak smua. Blok yg mak duduk tu cantik. Dulu lg cantik. Masa zmn slalu wat gotong royong tu. Diorg tanam pokok2 bunga la..taruk tayar kete pastu tanam bunga atas tu la. Owh saya ingt lg tu. Skrg ni msg2 je. Org2 yg dok umah bawah tu pandai2 la tanam bunga sendiri. Alah ayah saya pun tanam jugak. Habis pokok pisang, pokok sukun..pokok mangga..serai..daun pandan..kunyit..arghh segala2 la dia tanam kat situ. Dah mcm duduk kat kampung rasanya. Ptg2 klw saya singgah makan kat rumah mak..saya akan nampak Imam Besar Masjid Taman Melati tu dok menyapu sampah. Rumah imam tu tgkt 2..dia dpt rumah teres imam. Tp dia nk duduk situ jugak. Katanya sayang nk tggal jiran2. Serius tak tipu. Dia yg kata dulu.

Klw kebersihan tangga plak. Geng2 mak saya (suri rumah a.k.a keje diorg :buat kuih la..ambik upah menjahit..jaga anak org ke..atau tggu laki balik keje) rajin membasuh tangga tuh. 2,3 tahun skali cat tangga tu. Kongsi duit. Umh mak saya tu blok D2. Dtgla tengok area blok kami tu. Blok D3 tu lg best..yg tangga 1 diorg cat luar dinding rumah dgn mcm2 kaler. Dh mcm tadika dh tgk. Tapi cantikla..dari bawah smpai tgkt 5 tu berkaler2. Bygkan cat rumah flet..ingat rendah?!!

Masa saya kawin dulu smuanya perfect. Tetamu takde la komplaint2 tuan rumah tak sambut tetamu. Sbb jiran2 ramai yg membantu. Dh mcm sedara sndiri kawin diorg wat majlis kawin saya. Terharu sgt. Diorg tolong A to Z. Padahal saya guna khidmat katering tau. Pastu boleh plak pakat2 pakai baju ikot tema saya. Masa belah mengantar suami kat Perak...Berbelas gak la kete g mengantar. Smua tu jiran2 la..dtg nak tgk umah mak mertua saya. Adehhh..

Byk lg kebaikan lain jiran2 mak saya tu..tak tersebut je. Saya cuma nak bgtau..itu bkn mslh rumah flet tu murah ke apa..tp mslh jiran akak. Cubalah bergaul dgn mereka. Segala mslh blh diselesaikan. Kami dulu pernah kejar pencuri yg mengintai rumah anak dara. Kena blasah dia. Kami dulu pernah selesaikan mslh rumahtangga jiran kami..yg bini dia kena pukul2..sbb slalu dgr dia menjerit. Skrg laki dia dh insaf..takut ngn kitorg agaknya. Dia pukul bini dia lg siap. Ha tgk untung kan..bila jiran ambik tahu. Kami bkn busy body..kami cuma mengambil berat. Kami jaga kebajikan masing2..Sudah mknkah anaknya. Masa mak kat Mekah..ada sorg jiran accident motor..koma..jiran2 pakat call..sms mak saya kat sana. Suruh doakan dia sembuh. Alhamdulillah pakcik tu dh sembuh tp tak sepenuhnya. Tp oklah kan dh jaga dari koma. Diorg jiran2 siap buat solat hajat lagi.

Oklah smpai sini je. Emosional plak saya membaca posting Beutiful tu. Tu yg menaip berjela2. Nak terangkan tak pandai sgt. Tp itulah yg saya nk ckp. Di mana pun kita tinggal..klw sikap kejiranan tu takde..msg2 buat hal sendiri..duduklah kat mana2 pun. Duduklah kat rumah banglo Bukit Antarabangsa yg runtuh tu ke..duduklah penthouse ke..kondominium ke..SAMA je..



***Nanti saya masukkan gambar2 bukti jiran2 yang baik itu. Walau saya tak tggl kat situ lg..saya kerap balik sana..sbb saya selesa..biarlah rumah tu kecik pun..tp luar rumah..dlm rumah..saya dpt merasakan kasih sayang mereka. I love to be there always..

Friday, January 16, 2009

Terlalu Keduniaan Dan Tak Takut Mati

Macam KL Tower la.. Cuba korang teka apa yang ada kat atas sana.

Nampak tak?

Taraaa..


Ok. Ok. Sila pilih nak main apa? Get Up-Get Down-Get Off or Get Heart Attack..

Adoii..ngeri nya. Tak gayat ke tengok bawah..masa turun tu mesti jantung rasa kat lutut.

Yeh..mari berpusing2 tunggang terbalik naik roller coaster pulak..

I can fly..yahoooo..

Tak ingat mati ke diorang nih?

Yang ni main camne pulak yer..

Ooo ala2 jengkaut la pulak.

Huh..ngeri..
Nak turun nak turun..

Malam tak gayat sangat la kot..


Wahhh boleh pusing-pusing la..
Giler! Macam2 prangai la manusia nih. Tak ingat mati.
***Ok. Sila teruskan mencari katak saya:-)

Thursday, January 15, 2009

Di Mana Dia Anak Katak Saya

Mari mencari seekor K.A.T.A.K dalam gambar di bawah ini.



***Katak yang bila dieja dari depan mahupun belakang bunyinya akan tetap sama..ong ong gedek gedek gedek..

I'm Stuck Over Here..HTML Code..Failed!

body.sidebar-left #footer { margin-left: -110px;}
/* So we move the #center container over the sidebars to compensate */body.sidebar-left #center { margin-left: -110px;}
/* And add blanks left and right for the sidebars to fill */body.sidebar-left #squeeze { margin-left: 110px;}
body.sidebar-right #center { margin-right: -110px;}
body.sidebar-right #footer { margin-right: -110px;}
body.sidebar-right #squeeze { margin-right: 110px;}
body.sidebars #center { margin: 0 -110px;}
body.sidebars #footer { margin: 0 -110px;}
body.sidebars #squeeze { margin: 0 110px;}

Ish..blog template ni degil betulla..bila betulkan kod yang ni yang tu lari..betulkan yang tu yang ni dah ke mana2 dah hilangnya. Huwaaa..sadis betul.

Ada tak sape2 yang terer psl HTML kod ni..help me plisss..Asalnya nak jadikan 3 column blog ni..tapi tah mana2 hilang 1 lagi kolum tu. Haha..nampak sangat sekolah tak habis.

Dulu ada gak belajar C++..ala2 kod2 HTML ni lah..result unt subjek tu hampir2 nak 4flet tau(riak nih). 3 point something la. Tahu tak macam mana saya boleh dpt result sebagus itu?Sebabnya saya selalu copy n paste simulation orang lain. Haha. Jahat kan..hik hik..

Mcm mana saya buat? Unt subjek tu biasanya kitorg buat dlm lab komputer. Bila lecturer bagi soklan..saya akan try buat..tapi biasanya tak boleh simulated pun. Haha. In the end of the class..sure kelam kabut..so main cara kotor (untuk hidup)..i go to START - My recent Document..gegege...apa lagi carila result org lain kat situ. Budak kelas lain sure dpt soklan yang sama. Biasanya diorg akn save dlm komputer tu jugak. Dengan pelbagai nama. Ada yg wat nama sendiri la..nama kelas la..save as AAAAAA la..Huh..kena rajin2 la godek satu2..Hasilnya saya berjaya wat simulation...Hahaha.

Itulah yang saya lakukan masa kelas C++ dulu. Dan sekarang..saya tahu saya dah dpt balasannya. Bila kita belajar secara tak berkat kan. Ye saya tahu saya bersalah..Saya dah insaf nih..Sob sob..

Walau C++ tu takdela sama dgn HTML code ni kan..tapi saya tetap failed tulisan2 alien ni. Saya tak pahammmm...huwaaa..tulun tulun. Anyone?

***Tahu tak mcm mana nak save apa yg ada dlm windows ni as a picture? Saya nak tunjuk mcm mana rupa my page element tu kat korang smua. Kena pakai software ke? Saya budak baru belajar..ambil galah tolong tunjukkan..gegege

Wednesday, January 14, 2009

Any idea for my blog?

Since i'm already ketagih with this bloging2 kan..u alls ada idea tak what should i write in my blog?

1) Should i write about my-self here? About my husband ker or my family ker? Alah segannya nak crita psl diri sendiri nih..mcm bagus2 je rasanya...hik hik
2) Or should i tell the whole world about all the kekayaan that i have? Cerita psl my house ker..my car..my salary..dan bgtau smua org byk mana aku dah derma unt badan kebajikan..wah...wah...untuk riak, takbur dan berlagak gitew.. (reject shop) 3) Or should i gossip about artis here? Err..kira mengumpat pasal artis la. Buat dosa di sini..gegege.(Gambar hiasan : Memey yg berjaya menglemerkan diri sendiri tanpa perlu mempunyai blog peribadi:-p} 4) Ataupun..haruskah saya bercerita tentang Humayra yang comel..atau psl anak2 buah yang kecik2 dah pegi Mekah?
5) Or should i write about the latest news? Isu2 semasa yang hangat dlm newspaper. Kira tolong rumuskan lagi la berita tersebut. Dulu kenkonon bercita2 nak jadi wartawan..tapi sekolah sampai tgkat 4 je..adehh
6) Atau bercerita tentang kehidupan seharian..tentang kawan2 yang sengal2 otot lagi kusayangi itu..cerita mengenai function2 yang dihadiri..err..rasa mcm artis la plak dok crita smua benda kat org..heh heh

7) Atau menulis tentang luahan jiwa perasan (mmg perasan..bkn typing error yer)..gembira..kuciwa..geram..bosan..bla bla..macam2 rasa ada..lebih sedap dari ikan siakap masak 3 rasa ceritanya..
Which one should i write ha?..Adehhh..susah2 ku campur adukkan smua di atas..Sukati akula kan..blog aku..aku punya sukalah kan nak tulis pasal apa. Haha. Terima kasih di atas smua pendapat diri sendiri di atas. Lalala (Hatiku berjoget2 riang)
***Suka baca asam garam kehidupan orang lain..suka baca tulisan mereka yg berilmu..yg sudah berjaya..suka baca jugak idea2 org yg otaknya giler2 yang boleh menjadi pengubat duka lara ..Kenapa saya suka baca blog orang lain?..sbb mcm2 ada...Keep writing guys..