Monday, January 30, 2012

Resipi Ayam Masak Serai

Dah seminggu saya duduk kampung suami ni. Harini bermula aktiviti belajar masakan kesukaan suami yang selalu arwah mak masak. Dulu masa mak ada kadang2 je saya masuk dapur. Tahu2 makanan dah penuh meja. Mak tak pernah mengata sikit pun perangai menantu2 atau sapepun yang tak mahu tolong dia kat dapur. semuanya dia lakukan dengan ikhlas. Tanpa mengharapkan orang lain tolong.

Bila ingat2 balik kesian kat mak.Kadang2 selepas balik cuci buah pinggang terus dia masuk ke dapur. Kelentang kelentung masak. Bilik kami betul2 tepi dapur. Jadi dengar aktiviti dia ke hulu hilir ambik periuk ke goreng ikan ke kat belakang bilik tu. Tak pernah dengar dia mengeluh kata penat ke apa. Kadang2 lepas makan semua dah ke ruang tamu atau masuk bilik masing2. Tapi emak still kat dapur mengemas tak habis2. Bila tanya ada yang blh bantu. Dia kata takpe, duduk je. Mana nak jumpa mak mertua camni. Dengan makcik sendiri pun kena sound kalau keje asyik "mengbongkang" je. Tapi mak tak pernah. Tahu2 dah panggil makan. Tahu2 baju kita dia dah siap jemur siap lipat lagi walau seluar dalam sekalipun. Mulia sungguh hati mak. Sebab tu Allah lebih menyayanginya.

Ok resipi pertama belajar harini Ayam Masak Serai. Master Chef nya makcik ngan kakak saudara husband. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk belajar resipi ni. Kena tahan panas telinga kena tahan maki. Hahahaha.

Resipi Ayam Masak Serai

Bahan-bahan
Ayam
Serai 3 batang
Bawang merah lagi banyak lg pekat kuahnya
Bawang putih
Halia
Cili api merah dan hijau campur2
Cili kering
Serbuk kunyit
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Minyak masak
Santan

Cara-caranya

1- Blender bawang putih, bawang merah, serai, halia, cili api sampai hancur.
2- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 yang telah diblender.
3- Masukkan serbuk kunyit dan cili kering.
4- Bila bahan2 tersebut hampir kering masukkan ayam. Biarkan masak hingga empuk.
5- Masukkan santan, garam, ajinomoto, asam keping secukup rasa.
6- Kacau2 sampai masak. Siap!

Ayam masak serai ni arwah mak selalu buat time raya. Untuk makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi pun sedap:))

No comments: